Thursday, March 19, 2009

AIR TERJUN JELAWANG~~best memory ever~~

Destinasi kami seterusnya air terjun jelawang antara air terjun yang tertinggi di asia tengara terletak di dabung Kelantan pantai timur semenanjung amalaysia. Kali ni kami berdua je jejaki keindahan ciptaan tuhan yang mencecah 1400 kaki dari aras laut dan sememangya menyajikan keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata2. Kami memulakan perjalanan dari Kedah seawal jam 10 pagi dan tiba di pejabat perhutanan hutan simpan gunung stong kira jam 6.00 ptg bagi memulakan pendakian tapi kami terkejut beruk bila kami tidak dibenarkan naik ke puncak air terjun sbb xda guide ...sejak bila la pulak wajib guide ni......hampeh betul la..dah la jauh ni..runding punya runding kami pun joint la 1 group yang nak naik Beirut ..bayar rm20 kat guide diaorg...ptg tu aku pancit habis siot sbb kasut aku xda bunga da jalan licin sgt daaa......budak2 tu mesti ingat aku bdk mana la xpnh naik gng hehehehe.. 2 jam jgk la baru sampai. Kami mendaftar kat kem baha..tapi yang sedihnya rupa2nya bdk2 kem baha ni kerek bangat kalau naik x melalui geng diorag la di campaknya kami kat campsite tepi trek ...manusia mmg rasa megah di tempat sendiri..kalau berani turun kedah tgk aku putaq2 kepala depa jadi roti canai..haha..kami insan baik buat bodo je la slmber la port kat mana pun janji dpt memenuhi hajat kami nak menikmati suasana alam dengan penuh romantis..hhehehe

Mlm tu xbyk yang kami buat kecuali mandi dan makan je la..mkn nasi goreng kampong tu sedappppppppppppp......esoknya subuh2 lagi kami dah bangun sbb nak tgk matahari terbit..mmg hebat beb xpyh cerita la tgk je gmbar.hehe.. sejuk sampai tulang sum-sum pun kami sangup tgu kat tempat air terjun jatuh dari gelap gulita sampailah sang mentari menjengahkan rona2 cahayanya yang sgt2 cantik...

cahaya mentari yang kemerah-merahan...Peringatan:- kpd yang belum shake hand tok kadi jgn tiru aksi ini “MAKSIAT”.....kami dah kawin dah halal tau. Pagi tu kami serapan roti cicah meggi je..sedapppppp..kalau nak tau air terjun jelawang ada deretan air terjun yang cantik..kami redah semua mmg cantik beb.. air dia punya la sojuk sampai kami mandi pun malu2 je nak sentuh air tu..meromang bulu tengkuk beb..sejukkkkkkkkkkk...tapi jgn ingt kami tak mandi lak..dlm hutan pun kena control wangi tau..tghari plak kami menjamu selera dgn sayur kangkung goreng..kangkung bapak aku tanam kat kedah tu..siap bwk naik gng lagi heheheh dengan ikan masin goring habis satu hutan bau ikan masin aku kot hahahah lantak la janji sedapppppppp.......

Sblh mlm kami pergi lagi sekali kat tmpat air terjun jatuh tapi kali ni tgk bintang pulak da...mmg cantik pemandangan dari ats sana .mmg rezki kami mlm tu langit cerah dan ditaburi cahaya bintang yang amat2 cantik..kami baring sambil tgk kelangit... mlm tu kami dapat tgk 2 kali shoting star fuh beb cantik beb... kami lepak sampai 12 mlm sbb leka sgt menikmati ke indahan mlm ciptaan tuhan..terasa diri ini kecil sgt di dunia ini dan byak lagi yang belum kita ketahui tentag misteri ciptaan tuhan. Apa ada di atas sana? Alien kah? Ufo ? ada mahluk tak kat planet2 tu? Fuh hebat.. terasa bertapa kecilnya pengetahuan manusia dan rasa sgt bersyukur di lahirkan di Malaysia kerana dpt menikmati keindahan alam dan memuji keindahan ciptaan tuhan dengan aman. Mlm tu kami melelapkan mata dengan rasa yang amat2 tenang and full of love.....esok nak tgk matahri terbit lagiiiiiiiiiiiiiii........














pagi terakhir kami di sini kami mandi puas2..mmg sedap .. sampai masa setiap yang bermula akan berakhir tapi bagi kami pengahiran kami disini kali ini di lukai dengan sikap manusia yang tak tahu menjaga mulut sendiri dan hati org lain..sekali lagi geng kem baha buat hal..ada ke dia ckp aku masuk dah la xbagi salam pas tu xnak bayar camp site lak...apa punya bodoh mamat tu aku baik punya mlm tu lepak kat kem diaorag isi borang sembang2 siap lebih dari salam aku dah bagi..dah tu x de pulak nak bagi tahu pasai harga tapak dah la campak aku kat luar camp dlm hutan. Tup2 ckp mcm tu..apa punya manusia la yang lahir kat dunia ni budus......mcm budu...apa pun kami tetap enjoy....jelawang tetap best..Cuma manusia yang menguruskanya je x best bila mata dah dikaburi dengan wang dan kuasa hati pun jadi buta.......celiklah wahai kawan2 ku....bye...tammat...


No comments:

Post a Comment